30 April 2019

REZEKI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Just a quick update.
Tiba-tiba terfikir sebelum tidur, berhajat pula untuk suarakan apa yang dirasa.

Bercakap tentang REZEKI.
Kita manusia ni selalu saja rasa iri, rasa teringin nak jadi macam orang lain, tak pernah merasa puas dan cukup dengan apa yang Allah bagi. Bukan kata orang, aku sendiri pun sama kadang-kadang.
Tapi, sebenarnya... Percayalah pada rezeki yang Allah kurniakan pada setiap individu tu berbeza.

Ada yang rezekinya dari segi harta benda dan kekayaan,
Ada yang rezekinya dari segi pekerjaan,
Ada yang rezekinya dari segi pelajaran,
Ada yang rezekinya dari segi perniagaan,
Ada yang rezekinya dari segi lebih masa bersama keluarga,
Ada yang rezekinya dari segi kebahagiaan rumahtangga,
...dan macam-macam lagi.

Jadi, rasanya tak perlulah kot kalau kita nak membanding-banding ataupun nak letakkan diri kita di tempat yang tak sepatutnya. Ada sebab Allah tangguh, ada sebab Allah bagi dulu. Rezeki tu tak pernah salah alamat. Allah akan kurniakan juga bahagian rezeki kita tak cepat atau lambat sikit pun, malahan tepat pada waktunya. Yang mana nanti, kita sendiri realize bahawasanya itulah hikmah paling indah pada penantian rezeki yang kita harapkan.

Syukur buat pintu-pintu rezeki yang Allah Maha Pemberi Rezeki dah buka dan perluas untuk kita nikmati.
ALHAMDULILLAH...


My two cents,
Fairuz Aqilah 💜

2 comments:

  1. Yup, rezeki tak pernah salah alamat. Yakin dengan janji Allah, kerja kita hanya berusaha. Yang selebihnya, Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. :)

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥