NATURALS BY WATSONS RICE BRAN & SOY BEAN ILLUMINATING SUNCARE LOTION SPF 25 PA++

Wednesday, February 19, 2020

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Siapa sini tak boleh skip sunscreen dalam rutin penjagaan wajah setiap hari? Kalau ada, kita serupa! Hehe.. Ala, dulu aku pun tak pakai sunscreen ni sebab rasa tak penting sangat. Sampailah satu hari, aku keluar lunch dengan officemates jalan kaki bawah terik mentari, balik office tengok muka dah sunburn! Ah sudah, cepatnya sunburn. I’m like, whaattt... 🤷🏻‍♀️

Semenjak peristiwa tu, nekad juga lah pergi beli sunscreen sebab baru sedar betapa pentingnya nak melindungi kulit daripada sinar UV. Cuma masalahnya, kulit aku ni bukan boleh sembarangan produk, nanti rebel tak tentu pasal lagi memang susah. 😭 Dalam dok fikir takut pun sempatlah juga Google sunscreen apa yang best and highly recommended sebab taknak menyesal beli pulak. Mostly, orang memang suggest sunscreen yang botol kuning dan satu lagi botol biru. Haa, siapa pakai yang itu?

Tapi ni bukan nak cerita pasal sunscreen botol kuning botol biru. Sambung cerita!

Masatu paling dekat ada Watsons je, jadi aku cari kat situ aje lah senang. Tak senang juga lah ceritanya. Bayangkan, hampir setiap sunscreen yang ada kat Watsons tu aku teliti satu persatu dia punya ingredients, functions, textures and bau. Hahahaha.. Perangai! Takut tak sesuai punya pasal. Belek punya belek, ada beberapa yang aku berkenan. Tapi, aku decide untuk pilih Rice Bran & Soy Bean Illuminating Suncare Lotion SPF 25 PA++ brand Naturals by Watsons.



Kenapa aku pilih yang ini? Sebab bahan-bahan dia organik! Pastu dah sah sah brand Naturals, jadi aku expect sunscreen ni pun na-tu-ral (baca dengan sebutan baku) la. Memang rangkaian produk Naturals by Watsons ni dihasilkan daripada kebaikan tumbuh-tumbuhan dan yang paling penting ialah setiap produknya mengandungi “certified organic ingredients”. Plus, it’s dermatologically tested okies. Selamat digunakan, insyaAllah.

Lagi satu, setelah diamati memang tak ada bahan yang tak sesuai dengan kulit aku which is kebanyakan produk kecantikan akan ada bahan tu. Strictly no no for me. What’s more, this sunscreen is free from paraben, alcohol, lanolin, mineral oil, silicone, colourants and isothiazolinone (MIT, CMIT, BIT).

Apa pula fungsi rice bran and soy bean tu kan? Katanya, rahsia kecantikan orang Jepun sejak zaman-berzaman. Fyi, rice bran illuminates the skin and nutrient-rich soybean keeps the skin looking young and radiant all day long. Thus, these two powerful ingredients are very good for a healthy, luminous complexion. Wow kan! Descriptions written on the box are very convincing. Membuatkan aku yakin dan tak begitu khuatir lagi, lalu terus ke kaunter membayarnya. Haa, gitu.


Dari segi tekstur pula, aku suka sebab dia cepat meresap dalam kulit dan tak tinggalkan rasa melekit. It’s more like a lotion (it is a lotion, it’s stated there), but not sticky and not too watery. Bau pula dia macam bau ubat. I don’t know, maybe it’s a good thing..? 😅

Overall, I personally like this sunscreen so much! I mean, yeah, for the first time bought a sunscreen and ended up it’s a very good one is definitely a bonus. Aku berani menulis dan kongsikan ni pun sebab dah repeat beli kali kedua. Alhamdulillah, sesuai dengan kulit aku dan tiada lagi masalah sunburn. Daku bahgiaaa... Unless kau pergi berjemur di tepi pantai yang indah permai saujana mata memandang tu, memang tak dapat disangkal lagi penyebab sunburn teroks! Tak dapek den nak nolongnya, Diknon oii. 😂 Hehe.. Sekian.


Don’t forget to apply your sunscreen everyday!
Fairuz Aqilah

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥