PANDUAN RINGKAS KE SINGAPURA

Tuesday, November 26, 2019

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Gambar lama; Family Trip to Singapore back in 2012

Adakah Singapura menjadi destinasi percutian yang seterusnya? Kalau ya, jom ikut sedikit tips yang aku nak share untuk korang yang berhajat melancong ke Kota Singa.

Pada zaman yang serba moden dan canggih kini, terdapat banyak cara kalau nak pergi melancong. Tapi berbaloi ke tidak dengan kos dan masa perjalanan tu? Kitorang dulu satu family chartered sebuah bas pergi Singapura. Lebih kurang 10 jam perjalanan juga lah. Letih sangat plus sakit badan. For me, kalau taknak membazir masa untuk perjalanan semata-mata, better korang pilih untuk naik flight je untuk ke Singapura. Lebih-lebih lagi bagi yang tinggal jauh di Timur dan Utara tanah air. Perjalanan mungkin lebih kurang sama juga kan, kira-kira 10 jam. Selain selesa, masa perjalanan ke sana pun lebih jimat supaya tak menjejaskan itinerary yang dah diatur.

Bagi mereka yang nak ke Singapura dengan menaiki flight, bolehlah cuba untuk menempah tiket penerbangan di platform Traveloka dan memilih Scoot flights sebagai pilihan utama. Sebab Scoot flights ni merupakan penerbangan kos rendah yang diasaskan oleh Singapore Airlines. Selain Malaysia, Scoot flights juga menyediakan penerbangan jarak jauh seperti ke China, India dan banyak lagi negara lain. Jadi, kalau decide untuk naik flight, boleh je book flights to Singapore online di website atau apps yang disediakan oleh Traveloka. Semuanya di hujung jari je tau!

Makanan dan Minuman

Sebenarnya, di Singapura boleh dikatakan banyak makanan halal. Tapi, perlu juga berhati-hati sebab ada je makanan pelik dan unik yang boleh jumpa kat sana. Antaranya ‘frog’ porridge. Yang ni, kalau kita pengunjung Muslim ni, kena extra careful sebab sekali pandang macam kaki burung. Haa tapi hakikatnya, lompat si katak lompat ya.

Banyak je tempat makan yang murah dan halal selain restoran dalam shopping mall kat sana. Jadi tak perlu risau. Antara tempat makan yang korang boleh cuba macam kat Golden Mild Food Centre ataupun Geylang Serai Food Centre. Kat sini banyak sangat pilihan makanan yang korang boleh cuba termasuklah hidangan terkenal di Singapura, selera ala Western dan macam-macam lagi lah. Meriahnya sama naik orang dengan makanan. Dari segi harga pun quite cheaper than restaurants in shopping mall for sure.

Tempat Menarik (Free Entrance)

Bagi mereka yang merancang percutian bajet, banyak tempat tumpuan pelancong yang korang boleh masuk percuma je. Di sini, aku listkan beberapa tempat menarik yang korang boleh pergi and it’s FREE!

1) Marina Bay Sands

Photo from Marina Bay Sands official website

2) Merlion Park

Photo from Visit Singapore website

3) Esplanade

Photo from Esplanade official website

4) Little India

Photo from Visit Singapore website

5) Chinatown

Photo from Visit Singapore website

6) Farrer Park

7) Botanic Gardens

Photo from Visit Singapore website

8) Helix Bridge

Photo from Wikipedia

Selain daripada yang tersenarai ni, banyak je lagi sebenarnya tempat menarik untuk dikunjungi lebih-lebih lagi bagi yang suka bergambar. Cuma nak masuk berjalan lebih lagi kat dalam tu, kena bayar lah. Contohnya, kalau pergi Gardens by the Bay. Setakat nak berjalan-jalan kat sekitar taman tu free entrance je tapi kalau nak naik jambatan kat atas tu kena bayar. Alahai tapi kalau kena bayar pun, tak salah spend sikit untuk pengalaman dan kenangan kan. Bukan selalu.

Apapun, semua tempat ni cantik dan berbaloi untuk bergambar. Puas jugalah nak selfie ke group photo ke.

Singapore Tourists Pass

Setibanya di Singapura, korang wajib beli pass ni untuk memudahkan perjalanan sepanjang kat sana. Dengan adanya pass ni, korang boleh naik bas dan train secara percuma. Harga pass pulak berbeza ikut pilihan mana yang kita ambil. Boleh tengok kat bawah ni:

One day pass: 10 SGD + 10 SGD
Two days pass: 16 SGD + 10 SGD
Three days pass: 20 SGD + 10 SGD

Selepas penggunaan, bila korang pulangkan semula tourist pass tu kat kaunter, korang akan dapat balik deposit 10 SGD yang korang bayar masa mula-mula beli pass. Banyak tempat dan stesen MRT yang boleh dituju untuk dapatkan tourist pass ni. Antaranya Changi Airport, Chinatown, City Hall, Orchard,  Raffles Palace, Pagar, Woodlands. Dah ada tourist pass ni, senanglah nak pergi tempat-tempat menarik naik MRT je.

Internet dan Wifi

Untuk korang yang plan nak ke Singapura dalam sehari dua je, aku rasa okey lagi kalau guna data roaming. Itupun guna bila perlu je sebab setiap stesen MRT kat Singapura memang ada menyediakan kemudahan wifi percuma. Senang kalau nak online.

Selain stesen MRT, tempat-tempat tumpuan pelancong di Singapura seperti muzium, malls, library turut menyediakan kemudahan wifi percuma ni. Jadi tak perlu risau tak ada internet. Tapi kalau korang lebih prefer untuk dapatkan sim card yang boleh digunakan sepanjang berada di Singapura, bolehlah beli di 7Eleven, Cheers dan Changi Airport.

Penginapan

Bagi mereka yang rancang percutian bajet juga, aku sangat sarankan kalau korang cuma menginap di hotel bajet yang ada di sekitar bandar sebab selalunya balik hotel untuk mandi dan tidur je kan. Bukan itu saja, nak ke mana-mana pun lebih senang dan cepat. Taklah jauh sangat nak berjalan ke gerai-gerai makanan berhampiran dan mendapatkan bas ataupun MRT.

Banyak penginapan bajet yang disediakan di Singapura. Tapi kalau nak lebih mudah, korang boleh check harga dan terus book melalui apps Traveloka. Penting juga untuk dapatkan bilik yang selesa sebab korang mesti nak rehat setelah penat berjalan. Maklumlah, kalau ke Singapura memang kena banyak berjalanlah jawabnya. Boleh tinjau rating dan juga reviews mengenai hotel tu tau untuk membantu korang buat pilihan.


Fuhh! Rasanya sampai sini dulu lah kot panduan serba ringkas untuk yang bercadang nak bercuti di Singapura. Semoga korang dapat info yang bermanfaat daripada perkongsian aku kalini serta sedikit sebanyak membantu dan melancarkan perjalanan percutian korang harapnya, insyaAllah. Ingat, bajet sikit tak semestinya langsung tak boleh pergi melancong. Sebaliknya, rancang percutian selari dengan bajet dan masa yang ada. Mesti boleh punya. Selamat bercuti, take care!


Ayuh ke Singapura!
Fairuz Aqilah

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. waa bestnyaa .. BW kat sini salam kenal dr saya from www.lizaizara.com

    ReplyDelete
  2. Aishhh bila lah nak sampai singapura ni. Padahal dekat je kan. Cuma tu lah currency tgh tak cun. Tggu ok sikit baru plan ke sana balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, sekarang ni memang. InsyaAllah, nanti kalau ada rezeki saya pun nak pergi lagi.

      Delete
  3. Walaupun berjiran tapi belum jejak lagi. Entah bila nak sampai sini tak tahu lah. Padahal naik kereta pun sampai dah..huhu

    ReplyDelete
  4. nice sharing. belum kesampaian lagi ke negara jiran tu :-)

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥