TIPS KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT

Thursday, November 21, 2019

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Semenjak kulit makin okey, jarang dah muka nak naik jerawat. Unfortunately, baru-baru ni muka aku naik jerawat dua tiga ketul disyaki disebabkan oleh tidur yang tak menentu dan terlampau stress dengan macam-macam benda nak kena hadap. Omo omo! Ni tak best ni. Memanglah normal, “Ala jerawat dua tiga kucing berlari je pun”. Tapi tetap juga nak get rid of it soonest possible.

Jadi, nak tau apa yang aku buat dan nampak keberkesanannya dalam masa 3 hari saja? Cuma nak kena mention siap-siap ni, kondisi kulit kita berbeza jadi result mungkin akan berbeza ikut orang. Apapun alhamdulillah, memang menjadi pada kulit aku. So, bolehlah cuba juga kan. Jom tengok steps dia.

Tadaa! Apa yang kita perlukan cuma 2 bahan utama saja iaitu rubber mask dan juga sheet mask. Kenapa kena pakai sampai dua jenis mask sekaligus? Sabar jap. Boleh tengok gambar beserta penerangan lebih lanjut kat bawah ni:

Bahan-bahan yang diperlukan ialah Reverie Touch Greentea Fresh Rubber Mask, mangkuk kecil beserta spatula atau berus dan aloevera sheet mask

Before we proceed further, please wash your face with cleanser first ya. Sangat penting sebab kita nak kulit yang bersih supaya dapat menyerap segala kebaikan mask yang bakal kita tempek di muka nanti secara optimum. Haa, gituuu! Sudah? Let’s proceed.

Reverie Touch Greentea Fresh Rubber Mask


Rubber mask yang aku guna ni daripada Reverie Touch, beli daripada kawan. Kalau berminat boleh tengok ig @reveritouch.kl tau! This one is Greentea Fresh. Memang khas untuk cleansing and kulit akan rasa fresh dan terhidrat (???) sangat lepas pakai. Dia ada lagi satu jenis which is Rosy Glow yang tu specially for moisturising and pores refining. Tapi kalini aku guna yang Greentea Fresh ni sebab dia lebih fokus untuk merawat instead of melembapkan kulit muka semata.

Fyi, rubber mask ni kena bancuh tau sebab dia dalam bentuk serbuk dan akan transform into yoghurt-like texture. Daannnn yang paling best bila kering, dia jadi macam kepingan gel bergetah tempek kat muka. Tak reti la nak explain. So, tak ada lah susah nak peel off mask tu daripada muka, tarik je tak sakit langsung. Masa mencuci pun jimat. Satu kepuasan! Hehehe..

Masukkan lebih kurang tiga sudu besar rubber mask ni dalam mangkuk kecil (mangkuk comel ni khas beli kat Daiso aku guna untuk bancuh mask je). Campurkan dengan tiga sudu besar air juga. Mix it well using a cosmetic spatula or brush (aku lagi suka spatula sebenarnya tapi hilang ke mana entah so pakailah brush je yang ada). Adjust kepekatannya supaya tak terlalu berketul dan tak terlalu cair.  It will be such a mess if you mix it too runny, okies. Trust me. Then, terus boleh apply ke muka. Sapu ni kena cepat tau, sebab mask tu akan cepat beku dan berketul dan tak lekat di muka. Sadis.

Tunggu dalam 10-15 minit. Sementara tu bolehlah bermeditasi sebentar ya, relax, tenangkan fikiran, elakkan rasa stress sebab kalau lagi stress hanya akan mengundang lebih banyak jerawat tumbuh. Halahhhh, geramnya. Okey, jangan runsing. Mungkin boleh google manfaat rubber mask ya sambil goyang-goyang kaki tu.

Cukup time, cabut mask dan cuci muka bersih-bersih dengan air. Tak kisah lah, setengah orang suka pakai lukewarm water (air suam) kan. In my case, I do not have water heater at my rent house so yeah. Ayor sejok pun no problem. Kalau boleh, jangan pakai cleanser lagi lah sebab sebelum ni tadi dah pakai kan. Nanti ter-over cuci pula. Ehhh? 🤭 Takut kulit kering, masalah lain pula yang timbul nanti.

Aloevera Sheet Mask


Actually, I do not have any specific recommendation of the brands ‘cuz I simply use what I have in my sheet masks collection. Hahahaha, seriously! Aku spesies manusia yang rajin membeli sheet mask berkoyan tapi selalu aje terlupa (kurang masa memanjakan muka) nak pakai. Jadi, yang mana ada ni sama ada aku beli sendiri, orang bagi atau freegift kalau aku beli skincare products whatsoever. Hauk sajalah, janji aloevera tau! Sebab umum tahu, aloevera ni memang terkenal sebagai pelembap semulajadi yang paling berkesan kan.

Dan disebabkan Greentea Fresh Rubber Mask tadi juga agak mengeringkan kulit kalau kerap pakai. Maka, ini kiranya macam nak bagi moisture on the skin balance balik so kita counter dengan aloevera sheet mask. Make sense, right? 💁🏻‍♀️

Panjang muqadimah sementara nak masuk bab pakai mask seterusnya pun! Apa tunggu lagi, tempeklah sheet mask ni pula ke muka. Normally, this kinda sheet mask tend to have the excess serum am I right? Thus, we can make use of the excess serum on neck and hands and top up some more on the face. Bila tambah serum tu lagi on top of the mask, urut-urut sikit muka dan lebihkan pada bahagian jerawat. Selawat selawat, doa sama bagilah cepat hilang jerawat ni. Gosok, tenyeh sampailah agak dah kering. Bolehlah cabut mask dan kalau ada lagi saki-baki serum, sambung tuang dan tonyoh lagi ke muka. Urutkan fokus pada bahagian jerawat tu.

Settled. Bilas muka dengan air  lagi sekali. Biar tanggal lebihan serum yang ada pada kulit muka. My main point is to avoid excessive hydration in a form of sebum. Muka terlebih melekit pun tak elok juga. Tambah lagi dengan berminyak, senang lekat bendasing pastu pegang muka maka tumbuhlah jerawat. Siapa yang harus dipersalahkan? Sebab aku arif kulit aku jenis berminyak, dah tu pulak sensitif. Silap sikit, mulalah rebel tak tentu pasal keluar jerawat meriah macam Pesta Penang. Jadi, moleklah apa kiranya kita elakkan apa yang kita boleh elak tak gitu? 😂

Lap muka.

3, 2, 1...
Hasilnya! Tatap wajah di cermin. Glowing supple skin. Amboi, plumpy toink toink muka. I truly impress with just these 2 simple steps tau! Dalam masa 3 hari berturut-turut mengulang rutin yang sama, alhamdulillah jerawat memang nampak cepat je susut.

Yang penting, rehatkan muka daripada makeup dan prep muka dengan basic skincare sahaja. Biar kulit tu berehat daripada terseksa. Hahaha.. Seterusnya, jangan stress dan pastikan waktu tidur teratur. Jaga pemakanan dan senaman pun penting juga sebenarnya (perli diri sendiri). Muka ni memang pun perlukan penjagaan rapi dan sentiasa nak dimanja dibelai supaya kekal sihat, cantik, berseri. InsyaAllah, jerawat singgah sekejap je R&R. Hiks 😌

Last but not least, if you find this tips too complicated, I would suggest another one instead. Pakai je lah acne patch, takpun beli krim jerawat oxy10 tempek kat jerawat tu. Selesai. Instant!

Bahagia dapat share dengan semua! Selamat mencuba. Ada tips lain juga tak? Kongsikanlah, nak tau jugaaaaakk.


Shuh, halau jerawat!
Fairuz Aqilah

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Om tiap-tiap hari pakai sheet mask dan double toning. Alhamdullilah muka dah tak naik jerawat. hehehe

    ReplyDelete
  2. First time tahu tentang rubber mask. Biasa guna sheet mask je. Thanks share. Nak carilah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah! Besstttt, bagus untuk lembapkan sambil merawat kulit muka jugak.

      Delete
  3. 1st time dengar rubber mask ni. selalunya sisyat blend tomato dengan madu n sejuk bekukan. tiap2 malam pakai as masker..then, pakai sheet mask..
    serius..bila disiplin buat gini, jerawat dah kurang naik dah..yg sediada makin kecut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sisyat should try the rubber mask jugak hehe.. Ooo tomato dengan madu blend pastu freeze. Oh wow, macam best. Tq share! Nanti boleh cuba.

      Delete
  4. first time dengar pasal rubber mask ni. selalu den pakai sheet mask and I know about clay mask je. tapi perasan jugakk.. rubber mask ni orang salun selalu pakai kan? dorang tak pakai sheet mask pung.

    thankyou for sharinggg! boleh la ushar ushar lepas ni muehehe.

    cara saya untuk hilangkan jerawat? biarkan diaaa sajaa kahkahhh. sejenis pemalas, gini lah. saya just elakkan daripada terkena selalu si J tu, tak picit (almost never). kang usik usikkk, bakteria akan membiak andwaeeeee! *drama. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Claymask loreal paling best yang pernah saya try so far! Cuma a bit pricey tapi best. Haa, jangan lupa usha and give it a try okies! Best tauuuu rubber mask, seriouslyyyy. Hihu

      Delete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥