2019 DALAM KENANGAN

Friday, January 03, 2020

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Tahun 2019 dari sudut pandang seorang Fairuz Aqilah, boleh dikatakan hanya berkisar tentang aku. Tahun yang menyaksikan jatuh bangunku, juga merakamkan begitu banyak detik-detik pahit manis yang tentunya takkan bisa dilupa. Ada terlalu banyak tangis sendu kerana beratnya terus-terusan diuji, banyak jua hilai tawa penyeri hari-hariku mencipta memori indah bersama insan-insan yang disayangi. Terima kasih, syukur untuk setiap satunya.

Aku sayang hati, perasaan, diri sendiri dahulu melebihi yang lain. Aku pentingkan diri.
Peribadiku lebih utuh dengan sifat berdikari yang luar daripada kebiasaan.
Personalitiku berubah lebih kasar, baik dari segi tingkah laku mahupun tutur kata yang terbentuk hasil daripada duka dan luka yang terlalu lama dipendam.
Aku jadi tahu bahawasanya perlu berhati mulia tapi tidak sehingga dipijak henyak kepala.
Aku mungkin prihatin, tapi tidak pula aku izinkan masalah orang sekeliling bertandang menjadi sebahagian daripada masalahku. Masalah sendiri pun terkadang tak mampu ditangani, apatah lagi jika ditambah masalah lain.
Aku belajar untuk menolak dan berkata tidak apabila perlu, tak seperti selalu.
Aku lepaskan beberapa perkara penting demi kebaikan diri, ketenangan jiwa dan kesejahteraan hidup.
Aku buat keputusan berani yang paling tak aku kesali. Alhamdulillah untuk keyakinan dan jawapanNya bagi setiap doa kudusku.

Aku lebih mengerti perjalanan hidup ini sebenarnya singkat jika tak dihargai. Jadi, aku lebih banyak bermonolog denganNya mencari hala tuju yang pasti. Sampai saat ini.

2020;
Aku tak harap banyak.
Semoga akan datang rezeki yang jauh lebih baik dari semua aspek hidupku.
Hanya yang terbaik.
InsyaAllah, ameen...


Selamat Tahun Baru!
Fairuz Aqilah

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. May 2020 be a better year for all of us. aamiin.

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥